Rozan mohon maaf, tarik balik kenyataan

Rozan Azen Mat Rasip. - Foto sumber Astro Awani
Rozan Azen Mat Rasip. - Foto sumber Astro Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rozan Azen Mat Rasip menarik balik pengumuman peletakan jawatan sebagai Setiausaha Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran yang diumumkan Sabtu lalu.

Beliau juga memohon maaf kepada warga Parlimen Batu dan Prabakaran atas tindakan tersebut.

“Penarikan balik pengumuman perletakan jawatan saya ini juga dibuat setelah mengambil kira desakan dan rayuan sejumlah besar orang awam terutamanya daripada kawasan Parlimen Batu yang telah dimaklumkan dan diterima oleh saya.

“Keseluruhannya mahukan saya kekal berkhidmat di Parlimen Batu dengan jawatan dan tugasan yang ditelah disandang oleh saya itu sejak tahun Januari 2010 hinggalah kini (dibawah dua orang Ahli Parlimen yang berturutan),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan menarik balik perletakan jawatan ini juga atas nasihat yang telah diberikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diusahakan ke arah penyelesaian yang terbaik.

“Saya memohon maaf kepada masyarakat awam sekiranya perkara ini telah menyusahkan atau mengakibatkan salah faham berlaku antara mana-mana pihak terutamanya para penduduk - pengundi Parlimen Batu yang amat saya hargai sokongan dan selalu hormati nasihat mereka.

“Saya juga dengan ini memohon maaf kepada majikan saya Prabakaran seandainya tindakan dan pengumuman peletakan jawatan saya itu dibuat secara terburu-buru dan telah mendatangkan kesusahan dalam apa-apa keadaan dan implikasi,” katanya.

Terdahulu Ketua PKR Cabang Batu yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua Chang memberi tempoh 24 jam kepada Rozan dan Prabakaran menarik balik kenyataan berhubung persengketaan yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

Tian Chua turut melahirkan rasa dukacita dan menyifatkan kenyataan Prabakaran dalam surat balas berhubung peletakan jawatan Rozan adalah tidak sopan.