Amukan parang: Reman penoreh getah lanjut enam hari

Lokasi berlakunya kejadian amuk seorang lelaki tempatan sehingga menyebabkan dua warga emas maut di Buloh Kasap minggu lalu.
Lokasi berlakunya kejadian amuk seorang lelaki tempatan sehingga menyebabkan dua warga emas maut di Buloh Kasap minggu lalu.
A
A
A

SEGAMAT - Tempoh reman terhadap seorang penoreh getah yang dipercayai membunuh secara rambang dua warga emas dalam kejadian amuk di sekitar Buloh Kasap, minggu lalu, dilanjutkan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, terdahulu perintah reman selama enam hari itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Segamat, Ahmad Shakib bermula hari ini hingga Khamis.

Katanya, lanjutan reman ke atas suspek berusia 33 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan di bawah kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan dua lelaki warga emas maut akibat diserang dengan parang selepas dipercayai menjadi mangsa amukan seorang lelaki tempatan di dua lokasi berbeza di sekitar Buloh Kasap.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu pelanggan di kopitiam berusia 74 tahun dan penjual buah durian berumur 60 tahun maut selepas ditikam menggunakan parang sepanjang 45 sentimeter oleh suspek.'

ARTIKEL BERKAITAN: Dua warga emas maut diserang lelaki berparang

Pemeriksaan lanjut di beg sandang yang dibawa suspek turut menemui sebilah lagi parang sepanjang 43 sentimeter.

Bagaimanapun polis menolak motif dendam dan perkauman menjadi faktor suspek membunuh dua orang awam berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Suspek yang direman selama tujuh hari sebelum ini juga tidak mempunyai rekod lampau dan ujian air kencing adalah negatif.