Laporan Audit Negara 2018: YAWAS baiki kelemahan

No Image Caption
A
A
A

HULU SELANGOR - Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) ambil maklum kelemahan dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2018 terhadap pengurusan yayasan itu.

Pengurus Besar YAWAS, Gan Pei Nei berkata, pihaknya sedang mengambil langkah bersesuaian termasuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme kawalan dalaman bagi mempertingkatkan prestasi YAWAS.

Menurutnya, sesi pemerhatian dan pengauditan yang dijalankan Audit Negara terhadap pengurusan YAWAS dilaksanakan bermula November 2018 hingga Mac 2019.

"Pengauditan merangkumi rekod pengurusan korporat, kewangan dan aktiviti dari 2015 hingga Januari 2019.

"Hasil daripada laporan tersebut mendapati secara keseluruhannya YAWAS berada di tahap pencapaian yang memuaskan. Bagaimanapun, kita mengambil maklum akan kelemahan yang dinyatakan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Pei Nei berkata, sebarang penemuan dan cadangan daripada Laporan Audit Negara serta pelan penambahbaikan turut dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang

Amanah YAWAS untuk kelulusan serta tindakan lanjut.

Menurutnya, pengurusan YAWAS sentiasa komited menambah baik amalan tadbir urus korporat yang telus dan efektif.

Artikel Berkaitan:

"Ini seiring dengan visi syarikat untuk menjadi sebuah yayasan tersohor dalam pengurusan kebajikan anak-anak dan warga negeri ini," katanya.