Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas pengurus besar terlantar akibat penyakit berkaitan sendi

A
A
A

BERITA SEMASA 12 MEI 2023

Hidup seorang ibu tunggal di Seremban berubah sekelip mata selepas diuji dengan penyakit rheumatoid arthritis dan osteoarthritis atau penyakit berkaitan sendi sejak tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Dari seorang yang aktif dan pernah meraih pendapatan berbelas ribu ringgit, A'fiyah Abdul Fadzil, 48, yang dahulunya pernah bekerja sebagai pengurus besar sebuah syarikat kini hanya terlantar sakit di rumah.

Malah hidupnya bersama lima anak yang tiga daripadanya masih belajar semakin tersepit selepas kesemua duit simpanannya telah habis digunakan serta terpaksa menjual tiga buah kereta.

Artikel: https://go.sinar.la/44U1cuj

Muzik: Elevate dari www.bensound.com