Dua rang undang-undang ditarik balik

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua rang undang-undang yang dijadual untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, ditarik balik.

Ia melibatkan Rang Undang-Undang Mata Wang 2019 dan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019, yang masing-masing berada di nombor dua dan tiga Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul.

Penarikan balik rang undang-undang itu dibuat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebab kedua-dua rang undang-undang itu ditarik balik.

Rang Undang-Undang Mata Wang 2019 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia oleh Bank Negara Malaysia, pengawalseliaan perniagaan pemprosesan mata wang dan aktiviti pemprosesan mata wang.

Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019 pula adalah bagi meminda Akta Bank Negara Malaysia 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan: