TPN bantu industri pelancongan

Pegawai Daerah Yan, Hakim Ariff Mohd Noor (tengah) bergambar bersama pengusaha produk pelancongan daerah Yan dan pihak penganjur bengkel.
Pegawai Daerah Yan, Hakim Ariff Mohd Noor (tengah) bergambar bersama pengusaha produk pelancongan daerah Yan dan pihak penganjur bengkel.
A
A
A

YAN - Kerajaan melalui Tourism Productivity Nexus (TPN) akan mengukuhkan industri pelancongan di 12 daerah di negeri ini sebagai persediaan penggiat industri tersebut menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis berkata, pihaknya bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan bengkel kepada pengendali produk pelancongan, pemilik perkhidmatan dan ejen tempatan.

Menurutnya, bengkel di setiap daerah yang bermula semalam hingga 18 Ogos depan berkongsi teknik baharu menggunakan elemen teknologi bagi meningkatkan produktiviti pelancongan di negeri ini.

“Kerajaan Persekutuan mensasarkan 30 juta pelancong sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dapat menjana RM100 bilion pendapatan negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, program tersebut juga menjadi pusat sehenti kepada penggiat industri bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung industri pelancongan daripada kerajaan Persekutuan termasuk pihak berkuasa tempatan.

Tambah Uzaidi, melalui inisiatif itu, pihaknya dapat mengumpul data serta maklumat berhubung industri serta mengenal pasti produk pelancongan baharu dan sedia ada yang mempunyai kebolehpasaran tinggi.

Uzaidi berkata lagi, mereka juga akan menggiatkan aktiviti pemasaran produk dan perkhidmatan pelancongan yang berpotensi ke peringkat global dengan menggunakan platfom pasaran digital

Artikel Berkaitan: