Penoreh terkejut jumpa bayi lelaki

Bayi yang dijumpai pagi tadi.
A
A

SIK - Bunyi tangisan yang mengejutkan seorang penoreh ketika dalam perjalanan ke kebun membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat dan dibaluti tuala di Kampung Bunga Chepir, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Abdull Razak Osman berkata, bayi seberat 2.2kg itu ditemui berhampiran Rumah Anak Yatim Gemilang (Putera) pada jam 8 pagi tadi.

Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian menghubungi jururawat masyarakat Klinik Desa Chepir.

"Hasil pemeriksaan jururawat, bayi berkenaan masih hidup dan dibawa ke Hospital daerah Sik untuk tindakan ," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan pihak hospital juga mendapati bayi tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Keadaaan stabil dan tiada keretakan atau patah patah serta paru-paru bayi itu berada dalam keadaan baik," katanya.

Abdull Razak berkata, siasatan masih lagi dijalankan.