Symphony Life Bhd sumbang keperluan khas pesakit kronik

KKCK menerima katil, kerusi roda dan susu khas daripada Symphony Life Bhd hari ini.
KKCK menerima katil, kerusi roda dan susu khas daripada Symphony Life Bhd hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Bagi meneruskan khidmat sosialnya, syarikat perumahan Syarikat Symphony Life Bhd yang terlibat dalam projek Tijani Raja Dewa telah menyerahkan sumbangan keperluan khas pesakit kronik kepada badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) hari ini.

Pengurus Perhubungan Pelanggan Syarikat Symphony Life Bhd, Norhana Ismail berkata, pihaknya telah menerima permohonan daripada KKCK beberapa minggu lalu untuk mendapatkan keperluan bagi pesakit yang memerlukan.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap bulan pihaknya terlibat dengan kerja amal sejak 2015 tidak kira sama ada di Kelantan atau luar Kelantan.

"Kali ini adalah rezeki untuk asnaf di Kelantan kerana pertama kali kerjasama dengan KKCK.

“Kami peka dengan keperluan golongan tertentu dan sering menyalurkan sumbangan untuk masjid, sekolah, hospital, bantuan mangsa banjir di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Tijani Raja Dewa hari ini.

Sumbangan itu melibatkan kos kira- kira RM7,000 untuk dua buah katil khas bersama tilam, tiga kerusi roda dan beberapa tin susu khas.

Sementara itu, Presiden KKCK, Pui Tiong Lam berkata, pihaknya berterima di atas sumbangan berkenaan yang sememangnya diperlukan untuk asnaf di bawah seliaan mereka.

Artikel Berkaitan: