Gempa bawah laut 5.7 magnitud gegar Pulau Bali

Gempa itu turut menyebabkan beberapa struktur di daerah Badung alami kerosakan.
Gempa itu turut menyebabkan beberapa struktur di daerah Badung alami kerosakan.
A
A
A

DENPASAR - Gempa bawah laut 5.7 magnitud menggegar pulau peranginan Bali hari ini dan turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk serta menyebabkan beberapa bangunan musnah.

Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan pusat gempa itu adalah 82.1 kilometer di barat daya Denpasar dan pada kedalaman 91 kilometer.

Ketua Agensi Gempa dan Jabatan Tsunami, Rahmat Triyono berkata, lebih 20 rumah, sekolah, kuil dan pejabat terutamanya di daerah Badung berhampiran hab pelancongan Kuta alami kerosakan akibat gegaran kuat itu.

Difahamkan, gempa itu turut dirasai sejauh Banyuwangi di Pulau Jawa, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. - AFP

Artikel Berkaitan: