Tsunami Sunda: Pusat krisis dibuka

Ratusan rumah musnah akibat tsunami yang membadai Selat Sunda malam Sabtu lalu.- Foto Reuters
Ratusan rumah musnah akibat tsunami yang membadai Selat Sunda malam Sabtu lalu.- Foto Reuters
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Kementerian Pelancongan Indonesia membuka pusat krisis susulan tsunami yang melanda beberapa kawasan di sekitar Selat Sunda pada malam Sabtu lalu.

Pusat krisis yang beroperasi 24 jam itu bertanggungjawab memantau situasi di lokasi kejadian dan menyelaras keadaan dengan pihak berkuasa pengurusan bencana.

Selain itu, pusat itu akan bekerjasama dengan pihak berkaitan dalam industri pelancongan bagi mengumpul maklumat mengenai kesan tsunami itu terhadap pelancongan.

“Menteri Pelancongan, Arief Yahya mengetuai sendiri operasi penyelarasan pengurusan bencana.

“Susulan itu, pusat krisis yang dianggotai wakil dari jabatan berkaitan dibuka dan satu pasukan telah dihantar ke lokasi untuk membantu Kementerian Pelancongan,” kata jurucakap kementerian terbabit.

Dalam pada itu, semua pengendali perkhidmatan pelancongan diarah menghentikan program promosi di kawasan dilanda bencana.

Tsunami yang dipercayai tercetus akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau itu, setakat semalam telah mengorbankan 222 orang, dan mencederakan 843 yang lain.-A

Artikel Berkaitan: