Tiada laporan kes culik murid sekolah

Berita mengenai kes culik yang tular di media sosial.
Berita mengenai kes culik yang tular di media sosial.
A
A
A

KUANTAN - Pihak polis tidak menerima sebarang maklumat mengenai kejadian culik melibatkan seorang murid sekolah di sekitar Lorong Pelindung Damai seperti yang tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof berkata, pihak polis menganggap apa yang di tular tidak betul memandangkan tiada sebarang laporan diterima.

Menurutnya, tindakan menyebar mesej palsu boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Setakat ini tiada laporan polis diterima dan sekiranya kejadian ini betul, kita nasihatkan segera membuat laporan polis.

"Ia bagi memudahkan pihak berkuasa bertindak dan mengambil tindakan segera," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebar berita palsu kerana ia menjadi satu kesalahan dan dikenakan tindakan.

"Mesej tidak benar yang disebarkan boleh mendatangkan rasa gusar dan mengganggu ketenteraman awam.

"Kita nasihatkan supaya orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sebarang berita serta pastikan dahulu kesahihannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menerusi maklumat yang disebar, seorang kanak-kanak perempuan sekolah rendah yang dalam perjalanan pulang ke rumah didatangi suspek bermotosikal dipercayai cuba menculik mangsa.