Umat Islam dilarang sambut Hari Natal

 Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diingatkan supaya tidak menyambut Hari Natal atau Krismas esok kerana ia adalah hari kebesaran penganut agama Kristian yang bertentangan dengan akidah Islam.

Adun Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sambutan Hari Natal melibatkan perbuatan yang mensyirikkan ALLAH dengan mendakwa kononnya Nabi Isa AS adalah anak Tuhan yang jelas bertentangan dengan tiga sifat ketuhanan.

“Sambutan Hari Natal mempunyai unsur-unsur syirik sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mendakwa Tuhan ada anak, sedangkan ia bertentangan dengan pegangan kita dalam Islam.

“Mereka (penganut Kristian) menyambut Hari Raya Krismas dengan memasukkan unsur-unsur ini dan mereka mendakwa Nabi Isa sebagai anak tuhan,” katanya ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Kampung Padang Gelong Bilal di sini.