Polis Marin Labuan rampas 1,170 liter petrol

Foto BERNAMA
Foto BERNAMA
A
A
A

LABUAN - Polis Marin Labuan merampas 1, 170 liter petrol bersubsidi bernilai RM2,433 yang disimpan dalam 48 tangki selepas pemeriksaan terhadap lori yang dalam keadaan mencurigakan di Jalan Ranca-Ranca, di sini.

Rampasan itu dilakukan menerusi Op Landai pada 10.15 pagi kelmarin.

Komander Polis Marin Sabah Wilayah 4 Sabah, Assistan Komisioner Mohd Pajeri Ali berkata, petrol bersubsidi itu dipercayai untuk dimanipulasi di pasaran tempatan atau untuk diseludup ke negara jiran

“Usaha untuk mengekang perbuatan menyeludup minyak petrol bersubsidi sentiasa dijalankan and orang ramai diharap sentiasa menyalur maklumat kepada pihak berkauasa bagi membentaras perbuatan haram itu,” katanya.

Beliau berkata kes dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan lanjut.- Bernama

Artikel Berkaitan: