PKR Perak serah kepada pihak berkuasa siasat

 Farshah Wafa Salvador
Farshah Wafa Salvador
A
A
A

IPOH - PKR Perak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kes seorang Exco Perak didakwa membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan habuan daripada dua syarikat pertanian.

Pengerusinya, Farshah Wafa Salvador berkata, selepas maklumat lanjut diperolehi hasil siasatan pihak berkuasa, perkara itu akan dibincangkan bersama ahli kepimpinan PKR negeri.

Menurutnya, PKR sentiasa memberi komitmen untuk memastikan kerajaan negeri dapat berfungsi tanpa sebarang kesulitan demi kesejahteraan rakyat.

"Sebagai Pengerusi PKR negeri, saya tidak akan mengambil ringan sebarang tuduhan korupsi kerana ini bercanggah dengan perjuangan reformasi parti.

"Setiap pemimpin negeri diingatkan sekali lagi agar tidak mempergunakan kuasa dan pengaruh politik mereka untuk kepentingan diri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan polis dibuat seorang Ahli Majlis Daerah Kerian, Beh Yong Kean hari ini mendakwa seorang Exco Perak didakwa membocorkan kertas minit mesyuarat MMKN untuk mendapatkan habuan daripada dua syarikat berkaitan pertanian.

Beliau berkata, pihaknya kecewa dengan tuduhan tersebut setelah peringatan agar semua pemimpin memelihara integriti dikeluarkan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: