SPRM siasat semua, bukan Kelantan sahaja

Latheefa ditemui pada sidang akhbar kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad hari ini.
Latheefa ditemui pada sidang akhbar kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan untuk meneliti laporan berhubung krisis kesihatan orang asli Bateq di Kuala Koh, Gua Musang bukan kerana ia berlaku di Kelantan.

Sebaliknya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya akan menyiasat mana-mana negeri sekiranya terdapat salah laku pihak-pihak tertentu.

“Tak kisah peringkat mana sekalipun, jika ada (salah laku) kita ambil tindakan, kita tidak khusus kepada kerajaan negeri Kelantan sahaja.

“Jika ada kes di Terengganu, Selangor atau negeri lain, SPRM akan ambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad di sini hari ini.

Dalam pada itu, Latheefa berkata, pihaknya ada menerima maklumat berhubung isu orang asli di Kuala Koh itu namun tidak dapat mendedahkan isi kandungan secara terperinci kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan.

"Perjumpaan hari ini lebih kepada perbincangan dari segi pencegahan dan mendapatkan kerjasama untuk mengelak daripada skandal dan sebagainya," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan 15 orang asli suku Bateq maut akibat krisis kesihatan dan mangsa berkenaan ialah Meknab Tebu, 63; Jais Keladi, 55; Romi Hamdan, 29; Leha Hamdan, 26; Haika Rahim, 22 dan Poja Jong, 21.

Sembilan yang lain ialah Farah Rahim, 20; Fayah Papan, 20; Safia Papan, 18; Din Hamdan, 18; Puspa Lie, 5; Nasri Rosli, 3; Mohd Saleh Khaizan, 1; Amir Lie, 1 dan Jelik Jong yang usia tak dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Kementerian Kesihatan turut mengesan 43 daripada 113 kes di kawasan ini didapati positif wabak demam campak.

ARTIKEL BERKAITAN:

Wabak measles kalangan Orang Asli Kuala Koh rekod 43 kes

'Kami tak percaya sebab demam campak'