Mahu pulang ke kampung punca wanita dibunuh kekasih

Dua mayat dipercayai warga asing ditemui di sebuah rumah di Kampung Tali Air, Banting, kelmarin.
Dua mayat dipercayai warga asing ditemui di sebuah rumah di Kampung Tali Air, Banting, kelmarin.
A
A
A

BANTING - Luahan hasrat wanita warga Indonesia untuk pulang ke kampung halamannya menjadi punca utama dirinya dibunuh teman lelakinya.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kampung Tali Air, di sini, kelmarin, teman lelaki mangsa yang juga adalah warga India telah menghalang niat teman wanita itu

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kemudian berlaku pertengkaran antara pasangan terbabit sebelum lelaki berkenaan bertindak memukul teman wanitanya itu di kepala dengan menggunakan sebatang besi.

"Bagaimanapun laporan bedah siasat mengesahkan pukulan berkenaan tidak menyebabkan kematian mangsa sebaliknya adalah akibat dicekik dan dijerut dengan tali.

"Setelah mendapati wanita berkenaan mati, lelaki tersebut berkemungkinan menjadi panik dan telah bertindak menggantung diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Azizan berkata, kes ini diklasifikasikan sebagai selesai.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mayat lelaki ditemui tergantung di hadapan pintu bilik manakala wanita itu terbaring di atas tilam dengan keadaan berlumuran darah.

Kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai warga asing kerana tiada suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) di lengannya.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu disedari pemilik rumah yang datang ke kediaman itu dan mangsa menyewa rumah berkenaan sejak sebulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan ngeri mayat lelaki, wanita dalam rumah di Banting