Sakit hati punca majikan dibunuh

Suspek lelaki dan wanita yang didakwa mendalangi pembunuhan seorang pengusaha rumah tumpangan di Jakarta Barat dibawa ke sidang akhbar. - Agensi
Suspek lelaki dan wanita yang didakwa mendalangi pembunuhan seorang pengusaha rumah tumpangan di Jakarta Barat dibawa ke sidang akhbar. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Polis berjaya merungkai motif pembunuhan seorang wanita warga emas yang juga pengusaha rumah tumpangan di Jakarta Barat, Indonesia oleh dua pekerjanya.

Siasatan mendapati, kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa kerana tidak tahan dihina.

"Kedua-dua suspek bekerja dengan mangsa tidak sampai setahun.

"Pada mulanya, mereka diberi layanan baik namun mangsa didakwa mula menunjukkan sikap sebenar.

"Penghinaan demi penghinaan membuatkan kedua-dua suspek sakit hati dan bersekongkol membunuh mangsa," Pengarah Siasatan Jenayah Polis Metro Jaya, Indrawienny Paniyogya.

Tambah Indrawienny, kedua suspek memberitahu polis bahawa kata-kata hinaan wanita tersebut lebih sakit daripada dipukul.

Katanya lagi, selepas melakukan pembunuhan kedua-dua suspek bertindak melarikan dua kereta mewah milik mangsa.

"Kereta mewah itu sudah ditemukan di Tangerang, namun salah satu rosak kerana suspek F yang berusia 31 tahun tidak pandai memandu," tambahnya.

Katanya lagi, mangsa pembunuhan dikenali sebagai Naima S Bachmid berusia 61 tahun.

Susulan itu, suspek F dan rakannya S, 49, berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan. - Agensi