Rakyat Indonesia mula mudik ke kampung halaman

Ribuan kenderaan mula bergerak keluar dari Jakarta dan menuju ke destinasi masing-masing untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Foto Agensi
Ribuan kenderaan mula bergerak keluar dari Jakarta dan menuju ke destinasi masing-masing untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Kenderaan seperti motosikal, kereta, bas, kapal terbang atau bot akan membawa pulang jutaan penduduk rakyat Indonesia pulang ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidilfitri yang kemuncaknya dijangka pada Khamis.

Pelabuhan laut dan jalan bertol dilaporkan sesak manakala lapangan terbang dan terminal bas juga penuh dengan orang ramai yang tidak sabar bertemu dengan keluarga masing-masing.

Tahun ini menandakan 'mudik' pertama sejak sekatan perjalanan Covid-19 dimansuhkan pada penghujung 2022 di negara majoriti penduduk Islam paling ramai di dunia.

Justeru, Kementerian Pengangkutan Indonesia meramalkan 123 juta orang akan melakukan perjalanan Aidilfitri pada tahun ini, iaitu meningkat sebanyak 85 juta berbanding tahun lepas.

Kira-kira 18 juta orang diramalkan meninggalkan Jakarta, dengan menempuh kesesakan lalu lintas selama berjam-jam demi pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga.

Pihak berkuasa membina lebuh raya sementara yang dijangka mengurangkan kesesakan di seluruh negara.

"Saya sangat gembira untuk bertemu dengan keluarga selepas sekian lama dan dapat menunaikan solat hari raya bersama-sama," kata Muhammad Naufal Vadina memberitahu AFP.

Ketika diwawancara menerusi telefon, dia sedang berehat untuk menyambung pemanduan sejauh 350 kilometer dari Tangerang di pinggir barat Jakarta ke kampung isterinya di Jawa Tengah. - AFP