Pekebun digesa beri data tanaman durian

Nor Sam (kiri) melihat Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri, Abdul Yunus Jamhari (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada pemilik durian pada majlis berkenaan.
Nor Sam (kiri) melihat Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri, Abdul Yunus Jamhari (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada pemilik durian pada majlis berkenaan.
A
A
A

BERUAS - Jabatan Pertanian Perak mengumpul data tanaman durian yang terdapat di negeri ini sejak 2018 bagi mendapatkan data pengeluaran dengan tepat.

Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Nor Sam Alwi berkata, pihaknya memerlukan kerjasama semua pekebun durian supaya memberikan data tanaman durian dapat direkodkan pihaknya.

“Jabatan Pertanian Perak menjalankan usaha inventori tanaman durian, kita nak tahu setiap tuan durian ada berapa bilangan pokok durian mereka termasuklah durian kampung dan klon.

“Ini kerana kita boleh menjangkakan pengeluaran dihasilkan berdasarkan umur pokok dalam memastikan perak kekal menjadi antara pengeluar durian terbesar di negara ini,” katanya kepada media di Beringin Fruit Valley Kampung Dendang, Beruas baru-baru ini.

Menurut Nor Sam, setakat ini Jabatan Pertanian Perak merekodkan 76,163 pokok durian di seluruh negeri melibatkan keluasan tanaman 1,400 hektar.

“Secara keseluruhan terdapat 4,936 hektar tanaman durian di negeri ini dan kita hanya dapat rekod bilangan pokok daripada 1,400 hektar tanah sahaja, jadi saya menjangkakan jumlah ini akan menjadi lebih,” katanya.

Artikel Berkaitan: