Sila log masuk terlebih dahulu.

16 kes berprofil tinggi digugur sejak 2018

A
A
A

BERITA SEMASA 26 MEI 2023

Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, fasal itu memberi budi bicara kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Dewan Rakyat.

Muhammad Fawwaz meminta Perdana Menteri menyatakan data kes profil tinggi yang telah digugurkan oleh Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 dan alasan pengguguran kes tersebut.

Datuk Seri Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang memberitahu, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan atau menggugurkan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.

Katanya, keputusan yang dibuat adalah dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian