Eskalator, lif perlu diselenggara

Seramai 150 peserta terlibat dalam Program Keselamatan Penggunaan Lif Dan Eskalator di Central Square hari ini.
Seramai 150 peserta terlibat dalam Program Keselamatan Penggunaan Lif Dan Eskalator di Central Square hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 261 eskalator dan 1,029 lif aktif di Kedah perlu diselenggara dengan baik sebagai jaminan keselamatan sekali gus mengelakkan tragedi kemalangan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kedah, Hairozie Asri berkata, menjadi tanggungjawab pemunya premis memastikan kemudahan itu mematuhi Sijil Perakuan Kelayakan selain melantik Firma Yang Kompetan yang diiktiraf bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas lif dan eskalator.

Menurutnya, berdasarkan Akta Kilang dan Jentera 1967, kemudahan itu perlulah diperiksa dalam tempoh 15 bulan bagi memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik, jika gagal boleh didenda maksimum RM150,000 atau penjara jika sabit kesalahan.

"Selain itu, kemalangan juga dilaporkan berlaku berpunca daripada kelalaian ibu bapa penjaga yang tidak mengawasi anak-anak kecil ketika menggunakan lif dan eskalator termasuk menggunakan telefon atau membeli-belah," katanya ketika merasmikan Program Keselamatan Penggunaan Lif Dan Eskalator 2019 @ Life 2019 di Central Square hari ini.

Peserta diberikan penerangan tentang penggunaan lif dan eskalator bagi mengelakkan kemalangan.
Peserta diberikan penerangan tentang penggunaan lif dan eskalator bagi mengelakkan kemalangan.

Hadir sama, Pengurus Pusat Central Square, Loong Jee Yong dan Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan, Azmi Azali.

Seramai 150 murid dari 15 buah sekolah yang hadir ke program itu diberikan penerangan penggunaan lif dan eskalator oleh syarikat Sword Elevator (M) Sdn Bhd yang telah diiktiraf oleh JKKP bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan lif dan eskalator.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tiada kes membabitkan kematian di Kedah namun kejadian terakhir dilaporkan berlaku pada 2017 apabila mangsa terjatuh akibat terseliuh ketika keluar dari lif di salah satu premis agensi kerajaan.