Galak 167,000 remaja daftar pemilih

Ann Teck (tiga kiri) melihat pelajar menyertai simulasi pilihanraya pada Program Amalan Demokrasi Berparlimen di SMK Pak Badol hari ini.
Ann Teck (tiga kiri) melihat pelajar menyertai simulasi pilihanraya pada Program Amalan Demokrasi Berparlimen di SMK Pak Badol hari ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Jabatan Penerangan Kelantan bekerjasama dengan beberapa pihak bagi menggalakkan lebih 167,000 remaja di negeri ini mendaftar sebagai pemilih.

Pengarahnya, Liam Ann Teck berkata, kolaborasi antara Jabatan Penerangan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mampu membangkitkan kesedaran golongan terbabit.

Katanya, penekanan turut diberikan kepada pelajar yang menjadi ahli Kelab Malaysiaku di negeri ini.

"Kita ada 80 Kelab Malaysiaku di Kelantan, ahlnya adalah pelajar yang bakal menjadi pemilih suatu masa nanti.

"Terdapat 167,000 yang layak mengundi tetapi masih tidak mendaftar sebagai pemilih, ini angka yang besar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Amalan Demokrasi Berparlimen Kelab Malaysiaku Daerah Bachok di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol hari ini.

Seramai 142 pelajar dari sembilan sekolah di Bachok mengikuti simulasi pilihanraya pada program tersebut.

Simulasi itu juga sebagai persediaan untuk kemungkinan perubahan had umur layak mengundi dari 21 kepada 18 tahun.

Artikel Berkaitan:

Ann Teck berkata, program itu juga sebagai meningkatkan disiplin dan jati diri pelajar.

"Anasir luar yang disebar melalui media sosial menjadikan generasi baharu lemah pemikiran dan tidak menghargai keharmonian negara.

"Kita kena terapkan nilai murni sebelum keadaan menjadi kritikal," katanya.