Lelaki Thailand dihukum penjara enam bulan, denda RM10,000

Tertuduh dikawal anggota penjara keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas dihukum penjara enam bulan dan denda RM10,000 atas kesalahaan merasuah.
Tertuduh dikawal anggota penjara keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas dihukum penjara enam bulan dan denda RM10,000 atas kesalahaan merasuah.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga Thailand dihukum penjara enam bulan dan denda RM10,000 di mahkamah sesyen di sini hari ini kerana merasuah seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Mei lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Faramis Yahkoh, 35, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan yang dikemukakan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan RM1,600 kepada anggota Batalion 9 PGA, Kubang Badak, Terengganu, Koperal Mohd Nazri Mohd Nadzri sebagai dorongan melepaskan diri daripada ditangkap atas kesalahan tidak mempunyai pasport dan memiliki ketulan kristal disyaki syabu seberat 3.4 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan Lubok, Tanah Merah pada jam 2 pagi 17 Mei lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Adha Amir Yasser Amri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu hukuman minimum bermula daripada tarikh dia ditangkap kerana menjadi penanggung utama keluarga.

Artikel Berkaitan:

“Ibu saya sakit dan saya juga perlu menyara isteri, dua anak serta adik yang masih belajar,” katanya.

Ahmad Adha bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana kesalahan serius untuk beri pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat