Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella. - Foto SINAR HARIAN
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella. - Foto SINAR HARIAN
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terdiam selepas Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, menjatuhi hukuman penjara12 tahun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, dua tahun lalu.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kesalahan pertama iaitu mengabaikan Bella, dia dihukum penjara 10 tahun manakala pertuduhan kedua, menganiaya sebanyak 12 tahun.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh hukum itu.

“Mahkamah memerintah tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin termasuk cagaran RM5,000 sebagai tambahan hukuman.

“Tertuduh juga perlu melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam masa enam bulan selepas tamat hukuman penjara dengan syarat-syarat yang dikenakan,” katanya.

Ia bukan pengakhiran buat wanita ini, kerana dia berpeluang untuk memohon pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara rayuan didengar di Mahkamah Tinggi.

Jika Mahkamah Tinggi masih bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen, Siti Bainun yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Mahkamah ditangguhkan sementara menunggu pihak pendakwaan dan pembelaan bersiap sedia untuk hujahan penanguhan hukuman.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh

ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun

ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini