Penumpang maut lori muatan ayam terbalik

Keadaan lori muatan ayam terbalik di Jalan Pantai-Jelebu (Bukit Tangga) semalam.
Keadaan lori muatan ayam terbalik di Jalan Pantai-Jelebu (Bukit Tangga) semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Pemandu lori muatan ayam cedera manakala rakannya maut dalam nahas jalanraya di Jalan Pantai-Jelebu (Bukit Tangga) lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata mangsa maut di lokasi merupakan warga Bangladesh, Ali Mohamed, 45.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku lebih kurang jam 7 malam yang mana lori tersebut dari arah Jelebu menuju ke Seremban.

"Setiba di tempat kejadian lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan menyebabkannya terbalik," katanya di sini hari ini.

Muatan ayam berselerak di lokasi kejadian.
Muatan ayam berselerak di lokasi kejadian.

Mohd Nor Marzukee berkata, akibat kemalangan itu pemandu lori berusia 34 tahun mengalami kecederaan dalaman dan di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.

"Penumpang iaitu rakannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas akibat kecederaan parah dibahagian badan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Seremban menerima panggilan kecemasan jam 7.25 petang dan tiba dilokasi jam 7.47 petang.

Pasukan itu mengeluarkan mangsa tersepit dan mengesahkan seorang maut.