Pemain industri digesa guna pakai logistik hijau

Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa pemain dalam keseluruhan sektor logistik untuk mengguna pakai logistik hijau agar dapat membantu mereka mengurangkan dengan lebih cekap lagi pelepasan karbon.

Anthony juga berkata, syarikat logistik perlu merebut peluang yang ditawarkan pasaran kerana logistik hijau kelaknya akan menjadi mampan dan boleh meningkatkan keuntungan.

“Logistik memainkan peranan utama dalam ekonomi global dan justeru itu industri tersebut boleh memainkan peranan penting dalam cara perniagaan dijalankan berkaitan dengan kesannya kepada alam sekitar.

“Selalunya, pemain industri enggan mengguna pakai logistik hijau disebabkan salah faham ia memerlukan pelaburan yang besar dalam teknologi yang tinggi kosnya,” katanya dalam ucapan beliau bersempena dengan Persidangan Perkongsian Logistik Hijau yang julung kalinya diadakan, di sini, hari ini.

"Menyedari potensi industri logistik, kerajaan telah merangka Pelan Induk Pemudahan Logistik dan Perdagangan dari 2015 hingga 2020 untuk memacu industri menerusi lima peralihan strategik,” katanya.

Antara lima strategi tersebut adalah mengukuhkan rangka kerja institusi dan kawal selia; meningkatkan mekanisme pemudahan perdagangan dan mengantarabangsakan perkhidmatan logistik.

Anthony menggesa sektor swasta Malaysia untuk mencontohi syarikat Jepun yang memberikan komitmen tinggi dalam mengamalkan dan melaksanakan dengan aktif logistik hijau di negara mereka.

"Orang Jepun membuktikan bahawa perniagaan yang memberi perhatian kepada meningkatkan kecekapan akan kelaknya memperoleh kemampanan.

Artikel Berkaitan:

"Mereka menumpukan kepada peningkatan proses dan kerjasama bagi meningkatkan kecekapan yang boleh mengurangkan kos, masa serta pelepasan karbon. Namun, apa yang paling penting kepada entiti perniagaan adalah, ia akan dapat meningkatkan keuntungan,” katanya. - Bernama