Pencuri kabel diberkas

Suspek ditangkap bersama bahan curi.
Suspek ditangkap bersama bahan curi.
A
A
A
KOTA TINGGI - Sebanyak 15 kes kecurian kabel pencawang komunikasi (Maxis) sekitar daerah ini berjaya diselesaikan selepas tertangkapnya seorang suspek lelaki dipercayai menjadi dalang kes itu di Tanjung Sedili, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, tangkapan dilakukan jam 5.20 petang oleh Ketua Polis Balai, Sarjan Pathil Man yang mengetuai sepasukan anggota Balai Polis Kuala Sedili yang bertindak atas hasil sumber dan risikan maklumat.

Menurutnya, susulan tangkapan terhadap lelaki warga tempatan itu, pada hari yang sama jam 7.30 petang sepasukan anggota Jenayah IPD Kota Tinggi yang diketuai oleh Inspektor P Devendiran telah melakukan pemeriksaan terhadap sebuah rumah.

"Hasil pemeriksaan terhadap sebuah rumah telah menemui beberapa guni alat kabel dan juga enam buah power supply,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Tambahnya, jumlah keseluruhan nilai rampasan kabel tersebut dianggarkan RM10,000. Jelasnya, suspek berserta barang rampasan telah dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

"Hasil tangkapan dan rampasan yang dilakukan dapat menyelesaikan 15 kes kecurian kabel pencawang komunikasi (Maxis) yang melibatkan anggaran kerugian RM23,000 yang terjadi dalam daerah ini sepanjang Januari hingga Oktober ini," katanya lagi.