Sokongan ahli masih teguh: Anwar

Anwar dan Aminuddin bergambar selepas majlis pertemuan bersama pimpinan cabang PKR Negeri Sembilan di kediaman Menteri Besar, di sini hari ini.
Anwar dan Aminuddin bergambar selepas majlis pertemuan bersama pimpinan cabang PKR Negeri Sembilan di kediaman Menteri Besar, di sini hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Isu video kontroversi yang membabitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali tidak menjejaskan sokongan ahli terhadap parti itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil pertemuan beliau bersama ahli parti di seluruh negara menunjukkan sokongan mereka sentiasa kukuh, malah taat setia mereka kepada parti masih lagi teguh seperti biasa.

Katanya, setiap pertemuan yang diadakan mempunyai kehadiran yang penuh, malah setiap ahli menunjukkan semangat bersatu dalam parti.

“Pertemuan saya pada hari ini adalah untuk bertemu dengan semua ketua cabang, dan memberi penjelasan dengan setiap isu yang dibangkitkan, seperti isu semasa, isu dalaman parti, mengapa parti pecat Haziq, saya jelas, dan kita juga semua tadi melahirkan rasa simpati apa yang dilalui oleh Azmin selaku Timbalan Presiden terhadap isu itu.

“Segala prinsip dan perinci kita bincangkan, dan antara prinsip yang saya jelaskan dalam pertemuan itu tadi, kita menolak budaya jijik, politik tidak boleh digerakkan dengan kita layan budaya begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua dan timbalan cabang PKR Negeri Sembilan.

Hadir sama, Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ketika ditanya terdapat NGO yang mengadakan gerakan untuk menurunkan Azmin, beliau menegaskan bahawa parti serahkan segala urusan siasatan kepada polis dan mana-mana pihak berhak memberi pendapat.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, NGO boleh bangkitkan hujah mereka, biarpun akan menjejaskan parti, tetapi beliau melihat sokongan ahli masih lagi kekal teguh bersama.