Gabenor Papua gesa panggil pulang tentera

indonesian
indonesian
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Gabenor Papua meminta Indonesia menghentikan operasi memburu puak pemisah yang melancarkan serangan berdarah hingga meragut nyawa sekurang-kurangnya 16 pekerja pembinaan di kawasan terpencil di wilayah itu pada awal bulan lalu.

Lukas Enembe berkata, kehadiran pasukan keselamatan di kawasan didiami majoriti penduduk Kristian itu seperti menghalang sambutan Hari Natal pada Selasa ini.

"Saya, sebagai Gabenor Papua meminta Presiden Joko Widodo atau Jokowi menarik balik tentera dari Nduga," ujarnya.

Media tempatan melaporkan Pengerusi Parlimen, Yunus Wonda memaklumkan beberapa penduduk Nduga bertindak melarikan diri ke hutan susulan operasi tentera yang dilancarkan di kawasan itu.

Tentera bagaimanapun menegaskan mereka tidak akan memanggil pulang tentera selain menafikan laporan penduduk kampung melarikan diri kerana takut dengan pasukan keselamatan.

"Kehadiran kami adalah untuk melindungi mereka," kata jurucakap tentera, Muhammad Aidi.

Kesemua mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu terlibat dalam projek pembinaan jambatan dan jalan raya yang dibangunkan di wilayah termiskin di Indonesia.

Puak pemisah mendakwa projek itu dikawal tentera dan pekerja terbabit adalah 'sasaran yang sah'.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, empat pekerja masih hilang dan seorang tentera turut terkorban. - AFP