Padah tipu pengarah syarikat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan dan seorang akauntan ditahan kerana dipercayai telah melakukan penipuan terhadap seorang pengarah syarikat membabitkan aktiviti penjualan saham bernilai RM2.5 juta, Selasa lalu.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata kedua-dua suspek dilaporkan telah melakukan aktiviti penipuan terhadap mangsa pada 26 April lalu.

“Mangsa mendapati wang hasil jualan saham tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

“Mangsa juga mendapati terdapat beberapa dokumen digunakan suspek untuk mengeluarkan wang daripada peguam tanpa pengetahuannya," katanya.

Mahkamah Majistret Selayang membenarkan kedua-dua suspek lelaki masing-masing berumur 33 tahun direman tiga hari bermula semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.- Bernama

Artikel Berkaitan: