X

Kindly register in order to view this article
!

Penat ibu hamil sukar dihindari

KEBIASAANNYA ibu hamil tidak berdaya untuk membuat kerja rumah.
A
A

SUKARNYA untuk ibu hamil membuat kerja rumah apabila tidak berdaya akibat sering penat. Ia sesuatu yang sukar untuk dihindari.

Kadangkala Ibu sendiri tidak faham dengan apa yang dialami.

Meskipun perut ibu belum menunjukkan perubahan bentuk, ibu sudah merasa keletihan yang teruk, namun tidak semua ibu mengalami masalah itu sepanjang kehamilan.

Berikut sebab ibu hamil merasa letih:

1. Peningkatan hormon progesteron

Hormon ini akan meningkatkan perasaan mengantuk pada ibu hamil. Selain itu, ibu akan sering merasa mengantuk dan ia turut menjejaskan tidur ibu mengandung kerana sering buang air kecil.

2. Tenaga hilang sepanjang hari

Alahan atau disebut sebagai morning sickness berlaku sepanjang hari kepada ibu mengandung. Mual dan muntah yang keluar akan turut mengurangkan tenaga ibu.

3. Perasaan cemas buat ibu tertekan

Emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi fizikal ibu mengandung. Mereka sering berasa tertekan dan cemas. Antaranya bimbang dengan persiapan untuk menjadi ibu, tentang kehamilan dan pembesaran janin. Untuk itu ibu hamil perlu mengatasi ketakutan ini daripada berlanjutan bimbang akan menyebabkan tekanan.

4. Kurang zat besi

Salah satu sebab ibu keletihan mungkin disebabkan masalah anemia atau kekurangan zat besi. Bagi mengetahui kekurangan zat besi ibu perlu membuat pemeriksaan darah pada trimester pertama, kedua dan trimester ketiga.

5. Penambahan beban

Terutama pada usia kehamilan memasuki trimester ketiga. Ibu akan sering berasa letih sebagaimana dialami pada trimester pertama. Ia akan menjadi semakin teruk apabila bertambahnya berat bayi dan juga berat badan ibu.

Tip untuk buat ibu hamil bersemangat

- Berehat setiap kali merasa letih.

- Mengambil makanan berkhasiat dalam kuantiti yang kecil setiap beberapa jam. Contohnya bijirin, susu rendah lemak, roti gandum dan lain-lain.

- Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan makanan manis, masam atau makanan segera.

- Utamakan minum air putih dan kurang mengambil minuman kafein.

- Buat aktiviti fizikal seperti berjalan santai ia akan membuat anggota tubuh merasa lebih baik.