Fahami maksud agama dengan tepat

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan pengajian agama di sekolah bukan hanya melibatkan doa tetapi keperluan fardhu ain yang lain.

Katanya, iaitu ia melibatkan pertamanya aqidah keyakinan terhadap alam dunia dan akhirat, dosa dan pahala.

Jelasnya lagi, selain itu ia membabitkan akhlak peribadi serta tingkah laku dan ketiganya peraturan kehidupan melibatkan ibadah diri terhadap Tuhan, peraturan berkeluarga, bermuamalah ekonomi dan urusan bernegara.

"Itu semua adalah dalam kerangka pendidikan melahirkan individu yang baik pada tingkah laku dan keperibadiannya agar menjadi warganegara yang baik meski apapun profesion kerjayanya akan datang selepas alam persekolahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan kurikulum sekolah kebangsaan akan diubahsuai bagi memberi lebih masa kepada mata pelajaran yang 'berguna' dan tidak bertumpu kepada pembelajaran agama semata-mata.

Menurut laporan dari portal Malaysiakini, perdana menteri menyatakan pelajaran agama akan tetap diwujudkan tetapi bukan pada setiap waktu dalam sehari (persekolahan), mungkin satu atau dua waktu.

Mengulas lanjut, Khairudin berkata, salah faham terhadap maksud pengajaran agama yang disempitkan pada doa dan upacara sahaja adalah penyebab kepada masyarakat tidak melihat Islam sebagai cara hidup dan penyelesaian masalah manusia.

"Saya menunggu penjelasan lengkap maksud Tun Mahathir untuk merombak kurikulum pendidikan kebangsaan termasuk melibatkan agama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru itu tegasnya, lagi besar harapannya agar kita maju selangkah kehadapan memperkasakan pengajaran agama bagi membina jati diri di saat berleluasanya salah laku termasuk oleh golongan teknokrat dan profesional bukannya undur ke belakang.