Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani pencemaran udara

Zuraida bersama kanak-kanak yang turut diraikan dalam majlis berkenaan, hari ini.
Zuraida bersama kanak-kanak yang turut diraikan dalam majlis berkenaan, hari ini.
A
A
A

BERA - Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas dalam menangani pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.

Menteri Kementerian dan Perumahan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, pasukan itu terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan berkaitan bagi tempoh enam bulan.

Menurutnya, jawatankuasa khas itu akan mengatasi isu pencemaran termasuklah membanteras kilang-kilang yang terlibat.

"Saya baru jumpa Menteri Besar Johor yang baharu (Dr Sahruddin Jamal) semalam, saya minta beliau membentuk satu petugas khas yang akan menyelaraskan semua pihak-pihak yang terlibat.

"Selain melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT), ia akan turut melibatkan pejabat tanah. Jadi ada kuasa untuk rampas balik tanah kerana kadang-kadang pemilik itu menyewa dan sebagainya," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau hadir sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara di Dewan Kompleks Rakan Muda, di sini hari ini.

Hadir sama, Penyelaras Gabungan NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara Pahang, Zakaria Abdul Hamid dan pemimpin setempat.

Artikel Berkaitan: