'Menteri, individu berjawatan dalam kerajaan patut isytihar harta'

AHMAD AMZAD
AHMAD AMZAD
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengisytiharan harta sepatutnya melibatkan individu yang memiliki kuasa eksekutif kerana terdapat ruang untuk melakukan rasuah.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, secara asas, pihak terlibat ialah Menteri, Timbalan Menteri serta mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan.

"Usul untuk mewajibkan semua Ahli Parlimen dikatakan bertujuan memberi persepsi kepada rakyat bahawa ahli politik Malaysia adalah telus.

"Walhal lebih penting bagi kerajaan untuk tidak melakukan perkara yang menimbulkan syak wasangka rakyat," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, Ahli Parlimen pembangkang tidak mempunyai kuasa terutama membabitkan pengurusan negara.

"Peruntukan setiap Ahli Parlimen pembangkang cuma RM100,000 setahun berbanding RM3.8 juta yg diperolehi oleh setiap Ahli Parlimen kerajaan setahun," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas menyambut baik usul pengisytiharan harta, namun kenyataan dikeluarkan oleh Ahli Parlimen daripada parti itu sebelum ini disalah tafsir.

"Ada beberapa perkara kita mohon diperhalusi misalnya keselamatan keluarga Ahli Parlimen jika aset mereka didedahkan kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

"Dari situ timbul persoalan daripada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di mana ia tak digalakkan bagi mengelak perasaan dengki.

"Jadi, Pas mohon dilanjutkan dengan memasukkan ia (pengisytiharan harta) sebagai satu peruntukan undang-undang melalui pindaan akta di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Rakyat lulus usul isytihar harta

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti sokong ahli Parlimen isytihar harta