Isytihar harta: Bersatu Terengganu label Pas 'penakut'

Razali (tiga,kanan) bersama Mohd Rafiq ketika sidang media, hari ini.
Razali (tiga,kanan) bersama Mohd Rafiq ketika sidang media, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bersatu Terengganu menyifatkan pemimpin Pas sebagai 'penakut' hanya kerana enggan mengisytiharkan harta.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, penolakan terhadap usul yang diluluskan oleh Dewan Rakyat itu dibuat atas beberapa sebab termasuk faktor politik.

"Pengisytiharan harta dalam kalangan wakil rakyat penting bagi membuktikan negara bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.

"Apabila mereka ambil keputusan menolak pengisytiharan harta yang diusulkan, kita nampak mereka seolah-olah takut dengan memberikan pelbagai alasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersatu Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Mengulas lanjut, Razali berkata, pemimpin Pas tidak perlu khuatir sekiranya harta yang dimiliki diperoleh dengan cara yang halal.

"Kita nak tentukan harta kita hari ini ada berapa, kalau harta kita tu halal kita buat bisnes dengan cara yang betul, kita bayar cukai dan mengikut syarat ditetapkan, buat apa nak takut.

Artikel Berkaitan:

"Penolakan Pas adalah penolakan politik di mana apa yang kerajaan buat mereka tak setuju. Itu sahaja yang saya nampak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dewan Rakyat lulus usul isytihar harta

Tiada keperluan pembangkang isytihar harta, kata Tuan Ibrahim

Dewan Rakyat semalam sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan disokong Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, diluluskan selepas dibahaskan 26 Ahli Parlimen.

Selepas Vui Keong menggulung usul itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, memaklumkan ia itu diluluskan sebulat suara tanpa sebarang bantahan termasuk daripada Ahli Parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, usul itu mendapat pandangan berbeza daripada wakil rakyat Pas yang tidak sependapat dengan menyatakan Islam melarang umatnya berbuat demikian.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan tujuan usul itu dilakukan kerana negara ini jelas mempunyai undang-undang berhubung harta dan pendapatan seseorang.

Katanya, negara ini mempunyai undang-undang yang lengkap malah semua hasil mesti dilaporkan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).