Zahid bidas lantikan dua warga China sertai Khazanah

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melantik dua warga China sebagai ahli lembaga pengarah baharu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Jelas beliau, walaupun tidak mempertikaikan kelayakan kedua-dua anggota lembaga pengarah itu namun pihaknya berpendapat bahawa masih terdapat rakyat di negara ini yang lebih layak bagi jawatan itu.

"Hari ni Khazanah lantik dua warga China sebagai Lembaga Pengarah. Kami sebagai rakyat tidak sangkal lantikan itu secara individu kerana mereka dilihat layak.

ARTIKEL BERKAITAN: Khazanah umum pelantikan ahli lembaga pengarah baharu

"Namun tidak cerdikkah rakyat Malaysia di zaman Malaysia haru biru ini? Eloklah Khazanah Nasional ditukar kepada Khazanah International," katanya menerusi satu ciapan yang dibuat di laman Twitternya di sini hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), apa sahaja perkara yang berkaitan dengan China seolah-olah menjadi satu perkara yang negatif kepada PH sehingga Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu dituduh mahu menjual negara.

"Sebelum 9 Mei 2018 apa sahaja libatkan China seakan alahan oleh PH. Bawa pelaburan pun diheboh jual negara. Proton adalah mangsa airmata paling besar konon dijual kepada China tapi hari ini ramai puji Proton X70 yang boleh bercakap," ujar beliau.

Kelmarin, Khazanah mengumumkan pelantikan tiga anggota lembaga pengarah baharu berkuat kuasa 26 Jun 2019.

Artikel Berkaitan:

Pelantikan itu melibatkan Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara To’ Puan Azian Mohd Aziz serta Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong Profesor Xiao’ou Tang.

Selain itu Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee juga dilantik.