Khazanah umum pelantikan ahli lembaga pengarah baharu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) hari ini mengumumkan pelantikan tiga ahli lembaga pengarah baharunya berkuat kuasa 26 Jun.

Mereka adalah Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara Malaysia, To’ Puan Azian Mohd Aziz; pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong; Prof Xiao’ou Tang serta Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan dan Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.

Khazanah dalam satu kenyataan di sini berkata, pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah baharu ini amat dialu-alukan.

"Khazanah berharap mereka akan dapat terus bekerja dengan Lembaga Pengarah kami yang diketuai oleh Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memenuhi mandat kami sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia," kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pengukuhan Khazanah penting untuk negara

Khazanah mampu bangkit semula: Penganalisis

Artikel Berkaitan: