Remaja maut minum racun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki ditemui mati selepas meminum racun di pondok rehat di Kota Lukut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, berusia 19 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas ahli keluarga membawanya ke Hospital Port Dickson (HPD) kira-kira jam 8.30 malam.

Superintendan Aidi Sham Mohamed
Superintendan Aidi Sham Mohamed

"Kita menerima panggilan pada jam 9 malam daripada HPD memaklumkan terdapat seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas disyaki meminum cecair disyaki racun.

"Siasatan awal dijalankan mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dalam kematian mangsa dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan minum racun," katanya pada satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki meninggal dunia selepas sakit dada ketika memandu dari Rembau menghala ke Pekan Kempas Linggi kira-kira jam 9.45 malam.

"Mangsa, Lai Chee Keen yang berusia 58 tahun yang turut sukar bernafas dan mengadu sakit dada kepada anak saudaranya dikatakan memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Mujur mangsa sempat menghentikan kereta sebelum tidak sedarkan diri sebelum pegawai perubatan yang datang ke lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kedua-dua kes tersebut didiklasifikasikan sebagai mati mengejut.