X

Kindly register in order to view this article
!

Bangunkan koperasi bukan tugas Angkasa semata-mata

Abdul Fattah (tengah) bersama barisan kepimpinan baru Angkasa selepas diumumkan mempertahankan jawatan pada Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa di Kuala Lumpur. FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Tanggungjawab membangunkan koperasi bukan terletak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) semata-mata.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, entiti yang sepatutnya membangunkan koperasi ialah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan sekiranya koperasi tidak berjaya membangun, kesalahan tidak boleh diletakkan kepada Angkasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang mengatakan koperasi ibarat gergasi yang masih tidur.

“Bila menteri menyebut perkataan tidur, beliau menggambarkan gerakan koperasi mengikut pemahaman saya. Kita kena faham, Angkasa bukan agensi kerajaan yang bertanggungjawab membangunkan gerakan koperasi.

“Ia adalah adalah tugas SKM, agensi kerajaan dan kementerian berkaitan,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa si Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada persidangan tersebut, Abdul Fattah kekal menyandang jawatan Presiden selepas mendapat 2,924 undi menewaskan pencabarnya, Dr Mustapa Kamal Maulut.

Bagaimanapun, jawatan Naib Presiden pula bertukar tangan dari Mohamad Azmi Omaruddin kepada Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik selepas beliau memperoleh 1,728 undi menewaskan enam lagi lawan termasuk penyandangnya.

Seramai 4,373 wakil-wakil sah dari 4,368 koperasi ahli Angkasa dari seluruh negara bersidang di PWTC semalam bagi memilih kepimpinan baharu badan berkanun itu bagi tempoh tiga tahun mendatang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus