Polis gempur Pati di kelab malam

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 76 warga asing termasuk dua lelaki yang bekerja secara haram di sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee, di sini awal hari ini.

Ketua Operasi Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata mereka yang merangkumi warga Filipina, Vietnam, Uzbekistan, Turki, Krygyzstan, Ukraine dan Bangladesh ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Antara kesalahan mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan selain ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen. - Bernama

Artikel Berkaitan: