Bersatu Perak capai sasaran ahli

Ahmad Faizal (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Kem Jati Diri Kepimpinan Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat Peringkat Zon Utara Jabatan Kebajikan Masyarakat 2019 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan, Universiti Teknologi Mara Tanjong Tualang di sini hari ini.
Ahmad Faizal (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Kem Jati Diri Kepimpinan Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat Peringkat Zon Utara Jabatan Kebajikan Masyarakat 2019 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan, Universiti Teknologi Mara Tanjong Tualang di sini hari ini.
A
A
A

PASIR SALAK - Bersatu Perak telah mencapai sasaran 10 cawangan bagi setiap 22 cawangan di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, usaha menambah cawangan Bersatu di negeri ini sedang berjalan dengan baik.

Beliau berkata, selain itu, sambutan keahlian parti juga sangat menggalakkan dan semakin ramai.

"Kita menyambut baik saranan yang dikemukakan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar semua bahagian mempunyai sekurang-kurangnya 10 cawangan.

"Malah semua bahagian di negeri ini sudah ada sekurang-kurangnya 10 cawangan dan ada bahagian yang miliki berpuluh-puluh cawangan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kem Jati Diri Kepimpinan Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat Peringkat Zon Utara Jabatan Kebajikan Masyarakat 2019 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan, Universiti Teknologi Mara Tanjong Tualang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyaran semua bahagian menggiatkan penubuhan cawangan menjelang pemilihan parti itu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, pihaknya turut menerima banyak permintaan untuk membuka cawangan di negeri ini.

"Sejak kita menjadi kerajaan, ramai orang Melayu yang mendekati kita dan mahu menjadi ahli.

Artikel Berkaitan:

"Malah sehingga kini ada kumpulan-kumpulan yang memohon untuk membuka cawangan Bersatu di seluruh Perak," katanya.