Mayat lelaki ditemukan terapung di sungai Tamparuli

No Image Caption
A
A
A

TUARAN - Mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemukan terapung di Kuala Sungai Tamparuli, dekat sini, semalam kata Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim.

Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut, daripada orang awam kira-kira 10 pagi.

“Mayat yang lengkap berpakaian dan masih memakai topi kaledar ditemui terapung di sungai berkenaan berhampiran Kampung Bantayan disyaki sudah meninggal dunia sehari sebelum ditemui.

"Punca kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperolehi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: