Penduduk solat Jumaat bersama Bossku

Najib (empat dari kiri) menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ikhwan, Kampung Serdang, Tendong Pasir Mas hari ini.
Najib (empat dari kiri) menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ikhwan, Kampung Serdang, Tendong Pasir Mas hari ini.
A
A
A

PASIR MAS - Lebih 400 penduduk di Kampung Serdang, Tendong menunaikan solat Jumaat bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid Al-Ikhwan di sini hari ini.

Najib yang terkenal dengan gelaran Bossku tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.05 petang.

Turut sama Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, timbalannya, Tan Sri Mohamed Fatmi Che Salleh, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Abdul Ghani Haron dan pimpinan setempat.

Sejurus menunaikan solat Jumaat, Najib meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

Bossku kemudian meluangkan masa bersama pimpinan UMNO Bahagian Pasir Mas.

Artikel Berkaitan: