Data e-Kasih sentiasa dikemaskini: Exco NS

Nicole Tan
Nicole Tan
A
A
A

SEREMBAN - Bantuan khas kepada ibu tunggal secara one-off RM200 seorang akan dinikmati 4,500 penerima di negeri ini yang telah berdaftar dengan e-Kasih.

Exco Hal-Ehwal Wanita, Keluarga, dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Koon, ia melibatkan jumlah peruntukan RM900,000 untuk program C4U iaitu Care 4 U.

“Senarai e-Kasih dikatakan tak boleh pakai, saya menyatakan di sini data e-Kasih memang tidak lengkap kerana ia bukan berdasarkan bancian, tetapi berdasarkan aduan dan permohonan.

“Akan tetapi, data sentiasa dikemaskini dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui kaedah data migrasi,” katanya dalam kenyataan.

“Senarai ibu tunggal turut disaring Jabatan Pembangunan Wanita & ICU (Pembangunan Negeri) dan pejabat daerah,” katanya.

Adun Kepayang turut berkata, walaupun mengambil masa untuk membuat saringan, ia data yang tepat dan boleh dipakai guna kerana telah melalui proses saringan oleh ICU.

“Tentang bapa tunggal, jika ada keperluan kerajaan PH akan mengambil langkah untuk membantu mereka juga.

“Bagi pelajar sekolah dalam kalangan keluarga miskin di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) pula, 1,500 murid akan diberikan bantuan yuran bas sekolah bernilai RM50 dengan jumlah peruntukkan RM900 untuk program N9 BAS (Bantu Anak Sekolah).

Artikel Berkaitan:

“Manfaat ini akan dinikmati 1,500 anak sekolah yang diambil dari senarai Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,” katanya.