Agihan air LRA Sungai Semenyih siap 13 peratus

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Pemulihan bekalan air bagi daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Semenyih berada ditahap 13 peratus setakat jam 1 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, laporan terperinci status pemulihan bekalan air akan dikemas kini jam 6 petang ini.

Bagaimanpun menurutnya, orang awam boleh mendapatkan status terkini melalui laman sesawang www.syabas.com.my atau aplikasi Air Selangor.

Terdahulu, Air Selangor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan LRA Sungai Semenyih yang diarah henti tugas semalam mula beroperasi jam 6 pagi tadi.

Arahan henti tugas dikeluarkan susulan pencemaran bau dipercayai dari sebuah kilang memproses sawit yang telah diarah tutup untuk siasatan.

Artikel Berkaitan: