Baik pulih paip pecah di Persiaran Selangor giat dijalankan

Kerja-kerja pembaikan paip utama di Persiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam sedang giat dijalankan.
Kerja-kerja pembaikan paip utama di Persiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam sedang giat dijalankan.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), ahli kumpulan Air Selangor sedang giat menjalankan kerja-kerja pembaikan paip utama di Persiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, kebocoran paip berkenaan adalah disebabkan oleh pihak ketiga.

Menurutnya, susulan itu pihaknya juga menggerakkan bantuan lori-lori tangki air dan akan mengaktifkan tiga Pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi menyalurkan bantuan kepada pelanggan-pelanggan yang terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini hari ini.

“Maaf atas segala kesulitan dan pihak kami sedang berusaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan.

“Sila rujuk status terkini di laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor yang dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, tiga Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan beroperasi 24 jam iaitu di PKS Tmn Rakyat, Jln Tun Dr Ismail 41200 Tmn Sri Andalas Klang (Koordinat: 3.021248,101.450512) dengan menghubungi Mohd Zafer Mohd Nordin: 0122205713 atau Faisol Khamd Mohd Dawan: 0162325456.

Di PKS Bdr Parklands, Tmn Rekreasi Bdr Parklands, Jln Delima 8 41200 Klang (Koordinat: 2.968332,101.456393) hubungi Saifuddin Zuhri Salhudin: 0122385076 atau Mohd Hafiz Deraman: 0173106907.

Di PKS Kompleks Sukan Pandamaran 42000 Klang (Koordinat: 3.016951,101.415709) hubungi Mohamed Redzwan Mohd Nor: 0192301070 atau Mohd Yunus Nordin: 0173124157.

Artikel Berkaitan: