'Sayang Allahyarham tak sempat menikmatinya...'

Ahmad Shah Rizal (kanan) mengamati anugerah yang diterima bersama adik iparnya, Mohd Faizul Rohban bagi pihak Allahyarham Faziani Rohban selepas Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah hari ini.
Ahmad Shah Rizal (kanan) mengamati anugerah yang diterima bersama adik iparnya, Mohd Faizul Rohban bagi pihak Allahyarham Faziani Rohban selepas Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Keluarga usahawan kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad bersyukur dengan Anugerah Khas Wanita Cakna yang disampaikan oleh kerajaan negeri namun terharu kerana ia diberi pada hari ke-40 pemergiannya.

Suami Allahyarham, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata, dia kagum dengan pencapaian isteri, namun sayang Allahyarham tidak sempat untuk menikmatinya.

Menurutnya, Allahyarham meninggalkan semua anugerah itu untuk mereka sekeluarga.

“Allahyarham terima banyak penghargaan, tetapi ini adalah anugerah terbesar kerana menggambarkan pengiktirafan bagi seorang wanita sepanjang kariernya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Faziani selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bayangkan you datang umrah seorang diri'

“Saya sebagai seorang suami juga mengakui Allahyarham mempunyai ciri-ciri tokoh wanita Islam seperti Sayyidatina Khadijah,” katanya pada sidang akhbar Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai perkembangan perniagaan, Ahmad Shah Rizal berkata, syarikat mereka kini diserahkan kepada anak sulung, Iqbar Hakim Jasman, 20, manakala lain-lain urusan dibuat seperti biasa.

Malah katanya, ia termasuk urusan kebajikan yang menjadi amalan Allahyarham sebelum ini.

Dalam masa terdekat, Ahmad Shah Rizal berkata, dia juga akan meneruskan hasrat Allahyarham untuk membawa 400 kakitangan serta keluarga dalam satu kapal terbang untuk menunaikan umrah.