Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand

Kereta yang dinaiki Allahyarham Faziani dan suaminya. Gambar kecil: Allahyarham Faziani Rohban Ahmad
Kereta yang dinaiki Allahyarham Faziani dan suaminya. Gambar kecil: Allahyarham Faziani Rohban Ahmad
A
A
A

TUMPAT - Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian.

Kakitangan hospital sedang memberi pertolongan kecemasan.
Kakitangan hospital sedang memberi pertolongan kecemasan.



Faizol memaklumkan, kakaknya bertolak dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya.

"Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia," katanya.

Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tidak ada bos sebaik Allahyarham'

Artikel Berkaitan: