Jenazah Faziani selamat dikebumikan

Anak-anak Allahyarham Faziani menyiram air di pusara ibu mereka. -Foto Sinar Harian
Anak-anak Allahyarham Faziani menyiram air di pusara ibu mereka. -Foto Sinar Harian
A
A
A

TUMPAT - [DIKEMASKINI] Suasana hiba mengiringi pengebumian jenazah pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad di tanah perkuburan Islam Kampung Kedemit, Wakaf Bharu di sini jam 10.20 malam ini.

Sebelum itu solat jenazah diadakan di kediamannya di Kampung Paloh, di sini.

Van jenazah tiba di perkarangan tanah perkuburan jam 10 malam diiringi suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, yang cedera di mata kanan dan lapan anaknya.

Lebih 500 saudara dan kenalannya turut mengiringi jenazah yang dikebumikan di sebelah kubur Allahyarham ayahnya, Rohban Ahmad Shamsir Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2010.

Meratap pemergian Allahyarham, anaknya, Irdina Hakim Jasman,16, yang pengsan ketika jenazah dikebumikan.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata, kemalangan itu berlaku apabila dia terlelap dua saat.

"Kami dalam perjalanan ke beberapa buah pondok agama di Thailand, ada urusan rutin setiap kali Ramadan.

"Saya mahu berhenti di stesen minyak di hadapan selepas bandar Pattani tetapi tidak sempat sampai apabila saya terlelap dua saat menyebabkan kereta yang dipandu saya merempuh sebuah lori di tepi jalan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tiada perubahan pelik ditunjukkan oleh Allahyarham cuma ketika menunaikan umrah minggu lepas, dia ada bertanya jika dia tidak ikut bersama menunaikan umrah nanti.

Allahyarham meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan membabitkan Toyota Estima dengan sebuah lori kira-kira jam 10.30 pagi di Pattani, Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand

'Doakan mommy saya, saya tak kuat...'

‘Mama pesan jangan rebut harta’

Salam subuh sayangku, antara 'posting' terakhir Faziani

'Kuat beribadah, kematian yang dicemburui'

Faziani dalam perjalanan ke pondok untuk sumbangan zakat

Tidak ada bos sebaik Allahyarham'