Sekutu Kumpulan Perangsang terima tawaran pengambilalihan Sprint

Ahmad Fariz Hassan
Ahmad Fariz Hassan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat sekutu 20 peratus milik Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd (Sprint) menerima tawaran pengambilalihan bagi pembelian kesemua saham termasuk saham biasa, saham keutamaan dan saham pinjaman Sprint bernilai RM1.98 bilion.

Dalam kenyataan hari ini, Perangsang Selangor berkata tawaran yang akan dilaksanakan oleh syarikat tujuan khas milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) itu adalah bersyarat bergantung kepada hasil dapatan kajian usaha wajar, kelulusan Kabinet dan pihak berkaitan lain termasuk pihak berkuasa serta pemegang saham.

“Tawaran kepada Sprint kekal terbuka bagi persetujuan sehingga pukul 5 petang 12 Julai, 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor, Ahmad Fariz Hassan berkata cadangan pembelian Sprint itu pastinya satu perkembangan korporat yang positif bagi syarikat.

“Penjanaan wang daripada aset bukan teras akan meletakkan kami lebih dekat kepada hala tuju yang disasarkan dan memastikan penjajaran perniagaan strategik di peringkat kumpulan.

“Ini akan memperkemas lagi usaha kami dalam mengembangkan perniagaan teras, membolehkan kami menumpukan kepada pengecilan skop aktiviti, konsisten dengan aspirasi perniagaan serta hala tuju perniagaan masa depan,” katanya.

Memandangkan jangkaan nilai ekuiti Sprint pada kira-kira RM870 juta, dengan 20 peratus kepentingan ekuiti yang berkuat kuasa saham Perangsang Selangor dengan nilai ekuiti yang dijangkaan adalah pada RM174 juta. - Bernama

Artikel Berkaitan: